nuffnang ads

vortex

Wednesday, 27 October 2010

Resepi BAKSO






















Bahan-Bahan:
½ kg daging cincang
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur

Sediakan:
1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais

Cara Penyediaan BAKSO:
 Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah Bakso:
Sediakan air rebusan daging.
Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian: 
Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng. 

Resepi ASAM PEDAS Muar


















Bahan-Bahan:
½ Kilo Ikan Pari (di cuci) kunyit serbuk garam asam jawa

Bahan A (dikisar)
$1 cili kering
2 Biji Bawang Besar
3 Ulas bawang Putih
½ inc kunyit Basah
2inci Belacan
Lada hitam

Bahan B
Lobak Masin (jika Suka)
Daun Kesum
Garam & Perasa
Asam Jawa( jadikan air asam)

Cara:
1. Mula-mula ikan di bersihkan dan dicuci bersama sedikit garam dan asam jawa.
2. Setelah di cuci bersih gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam
3. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan blender hingga naik minyak
4. Masukkan juga daun kesum bersama untuk menaikan bau.
5. Setelah naik minyak masukan ikan dan kacau selama beberapa minit.
6. Setelah ikan agak sebati dengan cili campurkan air asam jawa dan air . kacau dan biarkan mendidih
7. Setelah mendidih masukkan lobak masin, garam dan serbuk perasa . kacau sekejap dan biar dia mendidh dengan api yang sederhana.
8. Akhir sekali tutup api dan boleh lah dihidang

Resepi Mee Udang


















BAHAN-BAHAN
  • 2 paket mee kuning - di celur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
  • 1/2 ekor ayam
Bahan-Bahan Untuk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Caranya:
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30 minit. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
  2. Kulit dan kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam dan rebus untuk 15 minit atau lebih.
  3. Keluarkan kulit dan kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit dan kepala udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
  4. Guna minyak yang goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
  5. Masukkan udang yang dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam dan gula/perasa. Jika ingin sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yang dicelur, tauhu goreng, telur rebus, daun sup dan daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Resepi KARI SARDIN
















Bahan-Bahan:

  • 1 tin besar sardin cap King Cup
  • 7 sudu makan serbuk kari ikan
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 5 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia dimayang
  • Sedikit serbuk cili Air
  • 2 biji ubi kentang dipotong petak
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa
  • Sedikit asam jawa
  • Santan
  • Daun kari

Caranya:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan air. Masukkan sekali ubi kentang.Kacau dan biar hingga naik bau. 3.Masukkan ikan sardin,air asam jawa dan kacau lagi.
4.Setelah itu masukkan santan,garam dan sedikit perasa mengikut citarasa anda.
5.Biarkan kuah kari mendidih hingga ubi kentang itu empuk.Akhir sekali tutup api dan siap untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama-sama nasi panas, berulamkan timun dan sambal belacan.

Resepi MEE REBUS






















Bahan-Bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan Sayuran:


50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-Bahan KUAH:

Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agak

Caranya:
1.Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.

2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.

3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.

4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang .

Tuesday, 26 October 2010

Oreo Cheese Cake


















Bahan

Untuk lapisan bawah:

# 200g biskut Oreo (asingkan krim dr biskut,hanya 

biskut d gunakan ), di tumbuk halus

# 100g sponge kek coklat, ditumbuk

# 60g mentega, dicairkan

Untuk topping:

# 500g keju krim, pada suhu bilik


# 1 biji kulit lemon d parut halus


# 100g gula kastor


# 1/2 sd jus lemon



# 3 sd gelatin

# 1 1 / 4 cwn whipping cream,putar sampai pekat


# 50g Oreo biskut (krim diasingkan), dilumatkan kasar


# 2 biji telur


# 160g susu


# 2 1/2 sd air



caranya


-cairkan mentega kemudian tuangkan ke dalam 


adunan biskut dan sponge kek yg telah di tumbuk 


halus tadi.campurkan ke semua bahan tadi hingga 


sebati.

-pindahkan aduan biskut tadi ke dalam loyang cheese 


cake(gunakan loyang khas untuk membuat cheese 


cake sbb kek ini tidak boleh diterbalikan).tekan aduan 


tadi hingga rata menggunakan gelas hingga rata 


setebal 1 cm.sejukan di dlm peti sejuk selama 30minit.

-sementara menunggu lapisan biskut tadi sejuk dan 


keras,putar keju krim,whipping cream dan kulit lemon 


hingga sebati.

-dalam acuan lain,double boiler kan telur, gula, susu, 


air,jus lemon dan gelatine hingga tidak berketul2, 


kacau rata.

-selepas itu,campurkan adunan krim yg di putar tadi 


dengan aduan yg di boil dan campurkan dengan biskut


 oreo yg dilumat kasar ke dalam aduan.kacau rata 


menggunakan spatula plastik dan tuangkan kedalam 


aduan biskut yang telah di sejukan tadi.

-sejukan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih 


lama

Puding Pelangi

















BAHAN2NYA:
10g Serbuk Agar2
650ml air
180gm Gula pasir
60gm Mentega
1 bj Telur
1/2 tin Susu cair (200 ml)
1 sTepung Custard
1 s Serbuk Koko (bancuh dgn sedikit air)
1/2 st Vanila
Pewarna merah dan kuning


CARA2NYA:
1.MASAK AGAR2,AIR DAN GULA HINGGA MENDIDIH DAN KETEPIKAN.
2.PUKUL TELUR SEBENTAR,KEMUDIAN MASUKKAN SUSU DAN TEPUNG CUSTARD.KACAU HINGGA ADUNAN INI RATA,KEMUDIAN DITAPIS.
3. SETELAH DITAPIS,SATUKAN ADUNAN TELUR DAN AGAR2 DAN KACAU LAGI HINGGA RATA,SERTA MASAK SEMULA HINGGA ADUNAN MENDIDIH KEMUDIAN MASUKKAN MENTEGA DAN VANILLA DAN KACAU HINGGA RATA. SETELAH ITU MATIKAN API.
4. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN(SAMA BANYAK). SATU BAHAGIAN DI BUBUH KOKO DAN YANG LAIN GUNAKAN WARNA YANG ANDA PILIH.(SAYA PILIH MERAH DAN KUNING TELUR).
5. MULA2 TUANGKAN SATU SUDU ATAU SENDUK ADUNAN WARNA MERAH DIIKUTI WARNA KUNING DAN KOKO. ULANG BUAT BEGINI SEHINGGA ADUNAN HABIS
6. SETELAH ITU SEJUKKAN SEBENTAR ADUNAN INI DAN MASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK.DALAM 2 HINGGA 3 JAM PUDING DAH BOLE DIMAKAN




Muffin Chocolate Chip
















Bahan2:
110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]




Cara2:
1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.

Vanilla Cupcake



















Bahan2:
150g Butter
150g castor sugar
175g tepung naik sendiri ( klu xda gna tepung biasa & tambah 1 sd teh baking powder)
3 telur
1 sd teh esen vanilla




Cara2:
1. Panaskan oven 350oF (180oC).
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Kemudian masukn telur dan esen vanilla.
4. Akhir sekali masukn tepung dan pukul selama 2 minit hingga kembang.
5. Selepas itu masukan adunan ke dlm paper cup dan bakar 18-20 minit.
6. Setelah siap,biarkan sejuk sebelum letak icing d atasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...