nuffnang ads

vortex

Wednesday, 27 October 2010

Resepi KARI SARDIN
















Bahan-Bahan:

  • 1 tin besar sardin cap King Cup
  • 7 sudu makan serbuk kari ikan
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 5 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia dimayang
  • Sedikit serbuk cili Air
  • 2 biji ubi kentang dipotong petak
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa
  • Sedikit asam jawa
  • Santan
  • Daun kari

Caranya:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan air. Masukkan sekali ubi kentang.Kacau dan biar hingga naik bau. 3.Masukkan ikan sardin,air asam jawa dan kacau lagi.
4.Setelah itu masukkan santan,garam dan sedikit perasa mengikut citarasa anda.
5.Biarkan kuah kari mendidih hingga ubi kentang itu empuk.Akhir sekali tutup api dan siap untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama-sama nasi panas, berulamkan timun dan sambal belacan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...