nuffnang ads

vortex

Saturday, 22 January 2011

PIZZA

















Bahan untuk kulit pizza :
  • tepung gandum (Cap Sauh)
  • 1/2 bungkus yis mauripan
  • 1 Cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan inti:
  • 6 Keping Daging burger- lenyek
  • 1 Tin Tomato puree
  • 1 Tin Marshroom - hiris nipis
  • 2 Biji bawang besar - dadu
  • 6 hot dog - hiris
  • Lada hitam serbuk
  • Oregano
  • Garam 
  • Cheese Morzella 
  • sedikit gula
  • lada benggala -dadu
Cara-cara:
  1. untuk kulit pizza gaulkan tepung bersama yis, garam, dan air suam..uli sampai jadi doh..pastu campurkan sedikit minyak dan uli lagi sehinnga sebati sampai tepung tu x melekat pada tangan..
  2. bila dah sebati canaikan doh tersebut pada bekas yg telah di griskan dengan butter.
  3. untuk inti pizza pulak..gaulkan semua bahan kecuali cheese, hotdog, dan lada benggala.
  4. bila dah sebati letakkan inti di atas kulit pizza.
  5. pastu baru taburkan hotdog, cheese dan lada benggala atas tuhh..
  6. last sekali bakar dgn suhu 190'c selama 20 minit..


Friday, 21 January 2011

ROTI KEJU















Bahan-bahan:
  • Roti gardenia 
  • 2 biji telur - dipukul
  • susu segar
  • keju parut
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah
  • sedikit mentega
Cara-cara:
  1. satukan telur, susu segar, keju parut, garam dan lada sulah di dalam satu mangkuk. kacau sehingga sebati.
  2. kemudian panaskan mentega di atas kuali
  3. setelah mentega cair, celupkan roti di dalam adunan tadi. kemudian goreng di dalam kuali yang ada mentega tadi..
  4. siap..sedap dimakan bersama sos cili dan mayonis..cubalah!!

Thursday, 20 January 2011

KUPANG GORENG














Bahan-bahan:
  • isi kupang- digaul dengan sedikit kunyit
  • kacang panjang
  • 2 biji cili merah - hiris
  • 1 biji bawang putih - hiris
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • sedikit minyak masak utk menumis
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. panaskan minyak. pastu tumis bahan yg telah dihiris.
  2. kemudian bila dah naik bau masukkan kupang dan kacang panjang. 
  3. jangan lupa masukkan garam sekali.
  4. masak sebentar dan kacau rata.

Saturday, 15 January 2011

BUBUR SUM SUM

















Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk tepung beras 
  • 1 biji kelapa(diperah sehingga santan cair) 
  • daun pandan 
  • sedikit garam
Bahan untuk kuah:
Gula melaka -masak gula melaka bersama air sehingga cair.

Cara-cara:
  1. Tepung beras dicampurkan dengan santan. 
  2. Kemudian kacau hingga sebati dan biarkan cair.
  3. Bila sudah sebati @ rata(tidak berketul-ketul) tenggekkan di atas api yang sederhana.
  4. Masukkan daun pandan n garam secukup rasa(lemak).
  5. Kacau selalu kemudian masak sehingga pekat. 
  6. Bila sudah masak, sejukkan di dalam bekas hidangan. 
  7. Kemudian boleh makan bersama kuah yang disediakan.

BUBUR JAGUNG















Bahan-bahan:
  • 1 paket jagus manis
  • 1/2 biji santan kelapa (pekat)
  • gula secukupnya
  • secubit garam
  • 3 helai daun pandan
Cara-cara:
  1. Masak santan atas api sederhana dan daun pandan dan kacau selalu
  2. Bila dah mendidih masukkan gula dan garam.. masak dalam 2 minit..
  3. Lepastu masukkan jagung..
  4. Biar dalam 3-5 minit.. dah siap!

Wednesday, 12 January 2011

MAGGI GORENG

















Bahan-bahan:
  • 2 bungkus maggi - celur dalam air panas sampai lembut.
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar / cili boh.
  • 2 biji telur
  • 2 ketul tauhu- goreng dan potong kecil
  • perencah kari maggi
  • kicap cair/kicap masin
  • sayur -kubis, sawi, karot*ikut citarasa masing2.
  • minyak masak
Cara-cara:
  1. panaskan minyak.
  2. tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
  3. masukkan cili kisar. tumis sampai naik minyak,
  4. pecahkan telur dan tuang kicap cair. kacau sampai telur masak.
  5. tambahkan sayur dan tauhu. kacau rata. . masukkan sekali perencah maggi.
  6. kemudian baru masukkan maggi. kacau perlahan kalau xnak maggi hancur.
  7. okeyhh..sudah siap..moh kiter makan..:D

Tuesday, 11 January 2011

AYAM PERCIK















Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 bah.
  • segenggam cili kering - dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar jugak
  • halia - besar ibu jari - dikisar jugak
  • 5 batang serai - pun dikisar jugak
  • 3 cawan santan pekat
  • setengah cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar halba
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. mula sekali bersihkan ayam dan gaulkan dengan garam.
  2. kemudian masukkan ayam di dalam kuali  bersama semua bahan-bahan tadi. masak hingga kuah pekat.
  3. lepas tu angkat ayam yg ada dalam kuali, letakkan di atas pemanggang.
  4. bakar hingga nampak garing.

AYAM GORENG BEREMPAH














Bahan-bahan:

  • ayam
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • halia - dikisar
  • 3 btg serai - dikisar jugak
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • daun kari
  • garam
  • minyak masak
Cara-cara:
  1. gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. pastu perapkan selama 30 minit. kalau lapar sangat xpayah perap pun boleh jugak. terus goreng jer..jangan lupa masa goreng tu campur sekali daun kari..

SINGGANG IKAN
















Bahan-bahan:

  • ikan kembung. nak guna ikan tongkol pun boleh juga.
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • sedikit lengkuas. agak2 besar ibu jari tangan yerr bukan kaki..:)
  • sedikit kunyit hidup.
  • asam keping. ikut citarsa masing2. kalau nak masam letak banyak.
  • air
  • garam secukup rasa.
  • cili api.
Cara-cara:
  1. bersikan ikan dulu yerr..
  2. pastu masukkan semua bahan ke dalam periuk anda.
  3. masak hingga mendidih.
  4. siapppp...hehe..

STIK IKAN


















Bahan-bahan:
  • ikan tenggiri
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kunyit
Cara-cara:
  1. mula-mula bersihkan ikan dan toskan.
  2. lepas tu perapkan ikan bersama semua bahan di atas tadi selama 30 minit.
  3. kemudian bakar hingga nampak garing. kalau guna microwave guna suhu 200'c selama 20minit.

Thursday, 6 January 2011

SOTONG GORENG BEREMPAH
















Bahan-bahan:
  • sotong
  • 2 sudu besar rempah kari - dibancuh
  • setengah cawan air asam jawa
  • 1 biji bwg besar - dipotong gelang
  • 2 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa
Bahan untuk menumis- dihiris:
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
Cara-cara:
  1. panaskan minyak dan tumis bahan hingga layu.
  2. masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak.
  3. masukkan sotong dan air asam jawa. biarkan mendidih.
  4. masukkan garam ikut citarasa masing2.
  5. masukkan bawang besar.
  6. tadaaa....siap sudahh...

KEPAK AYAM BAKAR



















Bahan-bahan:
  • 5 kepak ayam
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak
Bahan untuk di tumbuk:
  • sedikit halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara:
  1. gaulkan ayam bersama bahan dan perapkan selama 1 jam.
  2. sapukan sedikit minyak pada pemanggang.
  3. bakar di atas  pemanggang hingga nampak garing.
  4. hidangkan bersama salad- taknak pun xper..

Wednesday, 5 January 2011

MAKARONI GORENG















Bahan-bahan:
  • makaroni- rebus sehingga lembut
  • bawang besar dan bawang putih- dicincang sehingga halus
  • sosej- potong bulat
  • daging cincang
  • tomato- di dadu
  • lobak- di dadu
  • sos tiram
  • 5 sudu besar cili mesin
  • cendawan butang
  • cili capsicum- didadu
  • karot- di dadu
  • garam
  • minyak masak
cara-cara:
  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. masukkan cili mesin- masak sehingga naik minyak.
  3. masukkan daging cincang. masak sehingga naik minyak.
  4. masukkan karot, sosej, garam dan sedikit air. kacau sehingga lembut.
  5. masukkan pula makaroni, cendawan. tomato,dan cili capsicum- kacau rata.
  6. bila dah nampak sebati boleh angkat dan hidangkan.

UDANG SWEET SOUR
















Bahan-bahan:
  • udang besar
  • kunyit
  • garam
Bahan untuk sos:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sos tomato (ikut suka baper sudu nk letak)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah. - dipotong nipis
  • tomato - belah 6
  • daun bwg dan daun sup - perhiasan jerkk..
  • garam dan gula
  • air
  • minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. udang digaul dengan kunyit dan garam. kemudian goreng sehingga garing.
  2. asingkan sedikit minyak tadi. kemudian tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. apabila wangi masukka sos tomato, sos cili dan air.
  4. masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. setelah kuah pekat, masukkan udang dan gaul rata.
  6. akhir sekali hias dengan daun sup dan daun bawang.

CHEESE SOSEJ GULUNG
















Bahan-bahan:
  • roti sandwich
  • 1 biji telur- dipukul
  • serbuk roti
  • susu segar-dutch lady fresh milk
  • keju chedar
Cara-cara:
  1. nipiskan roti sandwich.
  2. gulungkan roti bersama keju dan sosej.
  3. celup kedalam susu segar dan telur.
  4. kemudian salutkan serbuk roti.
  5. goreng sehingga kuning keemasan.

ROLL SOSEJ

















Bahan-bahan:
  • roti sandwich
  • sosej ayam-celur 5 minit kemudian toskan.
  • 2 biji telur
  • 2 camca besar bijan
  • 1 camca tepung gandum
  • sedikit air
  • minyak masak
Cara-cara:
  1. leperkan setiap kepingan roti sandwich.
  2. ambil sosej kemudian gulungkan bersama roti yg telah dileperkan tadi. Gulung sehingga kemas.
  3. kemudian celup roti di dalam bahan yg telah di satukan. (telur, lada sulah, tepung, air).
  4. selepas itu golekkan diatas bijan sehingga rata.
  5. akhir sekali goreng sehingga bewarna keemasan.

ROTI TELUR MAYO
















Bahan-bahan:
  1. 5 biji telur rebus
  2. garam dan lada putih secukupnya
  3. 4 sudu makan mayonis
  4. tomato- di potong dadu
  5. roti sandwich
Cara-cara:
  • satukan telur, garam, lada putih, dan mayonis. gaul sehingga rata. kemudian sapukan telur mayo tadi di atas roti..siappp...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...