nuffnang ads

vortex

Sunday, 27 February 2011

NASI GORENG KAMPUNG















Bahan-bahan:
  • nasi putih
  • Isi Ayam - dipotong kecil
  • Udang 
  • Bawang Merah - dihiris nipis 
  • Bawang Putih - dicincang halus 
  • Petai - dipotong kasar 
  • Cili Padi - dipotong kecil 
  • Sawi - dicincang
  • Kubis - dicincang
  • Telur (2 bijii)
  • Cili Boh (2 sudu besar)
  • Belacan (1 sudu kecil)
  • Lada Putih (1/2 sudu kecil)
  • Garam (secukup rasa)
  • Kicap Cair (1 sudu kecil)
  • Kicap Pekat (1 sudu kecil)
  • Minyak (untuk menumis)
Cara-cara:
  1. mula2 panaskan minyak masak. pastu tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu. 
  2. masukkan pula cili boh. tumis sampai naik minyak.
  3. bila dah naik minyak masukkan ayam, dan udang. goreng sampai masak.
  4. pastu pecahkan telur. kacau sampai hancur.tapi jangan hancur sgt. nti x sedap.
  5. bila telur dah dihancurkan masukkan pulak petai kubis, sawi garam, lada putih, kicap cair, kicap pekat, cili padi dan nasi putih. gaul sekejap sehingga semua bahan tadi sebati. dahh..settle..boleh la dimakan..:))

Sunday, 20 February 2011

AYAM MASAK KICAP

















Bahan-bahan:
  • ayam - dipotong besar (gaul dengan kunyit dan garam kemudian goreng)
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar- 1 untuk kisar 1 lagi hiris bulat2..
  • 6 ulas bawang putih
  • 20 biji cili kering- kisar berasingan
  • setengah cawan kicap manis
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • bunga lawang
  • cengkih
  • kulit kayu manis
  • minyak 
Cara-cara:
  1. mula2 kisar bawang putih, bawang besar, dan halia. cili kering pun kisar juga tapi kisar berasingan ok..ingat tuu..
  2. panaskan minyak..tumis bahan yang dikisar tadi bersama bunga lawang ,cengkih dan kayu manis...kecuali cili kering.
  3. bila dah naik bau baru masukkan cili kering..tumis sampai naik minyak.
  4. masukkan kicap dan gula. kacau hingga mendidih.
  5. pastu masukkan air asam jawa dan kacau lagi.
  6. bila dah mendidih masukkan ayam pulak.
  7. gaul hingga kuah sebati dengan ayam.
  8. last sekali masukkan hirisan bawang besar. kacau hingga bawang layu sikit jerr tau..

Friday, 18 February 2011

KERANG BERCILI
















Bahan-bahan:

  • 1kg kerang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato
  • 1 cm halia
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit minyak masak
  • air
Cara-cara:
  1. cuci kerang dan toskan.
  2. kisar semua bahan di atas kecuali kerang, garam dan gula.
  3. tumiskan bahan kisar dengan minyak hingga berbau harum dan pecah minyak.masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. pastu masukkan kerang..tambah sedikit air.
  5. kacau sehingga air kering dan  sampai kerang masak.siappp..:))

Thursday, 17 February 2011

scrambled egg sandwich
















Bahan-bahan:
  • roti putih
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu mentega
  • sedikit susu cair
  • 1 keping keju
  • 1 sudu mayonis
  • sedikit garam
  • 1 biji tomato - dihiris bulat dan senipis yang mungkin *kalau xnk letak pun xper.
Cara-cara:
  1. pecahkan telur kedalam mangkuk..kemudian masukkan susu cair dan garam.pukul sikit.
  2. panaskan mentega di dalam kuali.
  3. bila mentega dah cair masukkan telur yg dipukul tadi..goreng dan hancur2kan..
  4. bila dah masak telur tu angkat kemudian gaul bersama mayonis..
  5. pastu sapukan telur tersebut pada roti..lapiskan keju diatas telur tersebut.
  6. lapiskan sekeping lagi roti diatas diatas keju tadi..kemudian bila settle semua tekan sikit biar padat..
  7. last sekali belah 2..xnak pun xper..siappp..sesuai buat breakfast..

Wednesday, 16 February 2011

SANDWICH TUNA















Bahan-bahan:
  • roti
  • tuna
  • 1 biji bawang besar - didadu
  • 5 tangkai cili padi - dihiris senipis yang mungkin
  • daun sup
  • lada sulah
  • timun - dihiris nipis
Cara-cara:
  1. masukkan tuna di dalam kuali. masak sebentar..masukkan cilipadi..masak bersama tuna.
  2. setelah tuna masak..angkat dan masukkan di dalam mangkuk..masukkan bawang besar, daun sup dan lada sulah. gaul sehingga rata.
  3. kemudian letakkan hirisan timun diatas roti..
  4. pastu letakkan tuna di atasnya..siappp..simple kannnn..:)

Tuesday, 15 February 2011

PIZZA ROTI




















Bahan-bahan:
  • roti gardenia/roti potong pun boleh jugak
  • sosej - hiris bulat dan nipis
  • slice cheese - dipotong memanjang..nk guna cheese chedar pun boleh.
  • sos cili / sos tomato
  • lada hitam/lada sulah
  • mayonis
Cara-cara:
  1. sapukan sos pada permukaan roti.pastu letakkan kepingan sosej pada roti tersebut.
  2. and then jgn lupa taburkan/paipkan/curahkan/letakkan/ whatever laaaaa.....xtau dah nak guna perkataan ape nih..jgn lupa curahkan mayonis di atas kepingan sosej tadi..hurmm
  3. susun/tabur cheese diatas permukaan roti yg telah di dicurahkan dengan mayonis tadi..
  4. jgn lupa yer taburkan sedikit lada sulah..
  5. last sekali bakar sehingga cheese mencair.
  6. tadaaaaaa..siap sudaaaa..

MURTABAK















Bahan-bahan:

  • bawang merah - dicincang
  • bawang putih - dicincang
  • kulit popia
  • 2 biji telur
  • setengah sudu rempah kari daging - bancuh dgn air
  • 2 biji ubi kentang - di potong dadu
  • daging cincang
  • sedikit minyak
  • daun sup
  • sedikit garam dan ajinamoto
Cara-cara:
*p/s:step 1-6 adalah cara utk buat inti murtabak
  1. tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai layu.
  2. pastu masukkan serbuk kari yg telah di bancuh tadi. goreng sampai pecah minyak.
  3. kemudian masukkan daging. 
  4. bila daging dah masak masukkan kentang pulak. 
  5. jangan lupa masukkan garam dan ajinamoto. masak kentang sampai empuk.
  6. last sekali masukkan daun sup.
  7. untuk telur pulak..pecahkan telur di dalam mangkuk..kemudian masukkan inti yg telah di masak tadi ke dalam telur.kacau sehingga sebati.
  8. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak. cara bungkus ikut kreativiti masing..tapi kalau aku pulak lagi senang bungkus cam buat popia tuh..
  9. bila da bungkus goreng murtabak dengan api yg perlahan..dahhh..settle..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...