nuffnang ads

vortex

Thursday, 31 March 2011

KEK COKLAT MOIST
















Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 11/4 cawan tepung gandum -diayak
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh serbuk bikarbonat - diayak
  • 1 cawan serbuk koko 
  • coklat masakan - dicairkan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. campurkan koko, gula, susu cair, susu manis, dan minyak masak ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api yang kecil. masak sehingga semua larut okeyy..
  2. pastu ayakkan tepung, soda dan baking powder.
  3. telur pulak dipukul sehingga kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi.
  4. gaul rata dan campurkan tepung.
  5. gaul sebati dan tuang ke dalam acuan. jangan sampai penuh yerr sbb nanti adunan naik.
  6. tutup acuan dengan alumunium foil agar tidak masuk wap.
  7. kukus selama 1 jam dan angkat. sejukkan kemudian tuang coklat masakan di atas kek tadi. hias mengikut kreativiti anda..siap...

Monday, 14 March 2011

PUDING KOKOMILO

















Bahan-bahan:
  • 30gm agar-agar tali
  • 3 senduk gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan koko - 1/4  daripadanya milo - campurkan koko dan milo  pastu larutkan dgn sedikit air panas.
Cara-cara:
  1. mula2 cuci agar2 dan toskan. pastu masak agar2 dengan air sampai larut.
  2. tambahkan gula dan kacau hingga larut.
  3. tambahkan susu cair dan larutan kokomilo tadi. kacau sebati.
  4. masak hingga adunan mendidih dan kelihatan berkilat.
  5. last sekali masukkan adunan dalam acuan dan bekukan..

TERUNG GORENG BERLADA
















Bahan-bahan:
  • 5 batang terung - dipotong ikut kreativiti masing2
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
  • garam
  • gula
  • ajinamoto
Cara-cara:
  1. first sekali kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan air asam jawa.
  2. pastu goreng terung hingga separuh masak.
  3. kemudian tumis bahan yg dikisar tadi hingga naik bau. tambahkan garam, gula dan ajinamoto mengikut citarasa.
  4. bila dah cukup semua baru masukkan terung yg digoreng tadi..kacau hingga sebati..siap..:))

Thursday, 10 March 2011

SAMBAL GORENG PETAI CILI PADI


















Bahan-bahan:
  • segenggam ikan bilis
  • 2 papan petai
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • asam keping
  • garam
Cara-cara:
  1. mula2 buang kulit petai.
  2. tumbuk cili padi, bawang besar dan bawang putih.
  3. pastu goreng ikan bilis dan ketepikan.
  4. kemudian goreng petai sehingga masak dan ketepikan  jugak.
  5. tumis bahan2 yang ditumbuk tadi hingga naik bau.pastu masukkan ikan bilis, petai, asam keping dan garam.gaul hingga sebati..siappppp....:))

Saturday, 5 March 2011

PUDING BUAH-BUAHAN













Bahan-bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 3 cawan air
  • 1 setengah cawan  air laici dalam tin
  • 1 tin susu cair
  • laici - di potong kecil
  • 2 tin buah pic - dipotong dadu
  • 3 biji buah strawberry - di potong dadu.
Cara-cara:
  1. masukkan serbuk agar-agar, air termasuk air laici sekali yerr..dan gula ke dalam periuk.
  2. masak sehingga mendidih. kemudian tutup api.
  3. pastu masukkan susu cair dan buah. kacau rata.
  4. kemudian tuangkan ke dalam loyang yg telah dibasahkan dengan air terlebih dahlu.
  5. last sekali sejukkan di dalam peti ais..settle..:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...