nuffnang ads

vortex

Sunday, 24 April 2011

KEK KUKUS SERIKAYA

















Bahan-bahan:
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur ayam gred A
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin kecil kaya
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning
Cara-cara:
  1. first sekali pukul gula dan marjerin hingga kembang. pastu masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
  2. lepas semua dah sebati, masukkan susu pekat, kaya, esen vanila dan tepung gandum. Pukul adunan sebati dan bahagikan kepada empat bahagian. Warnakan adunan dengan warna merah, hijau, koko dan kuning.
  3. last sekali tuangkan adunan di dalam acuan secara berselang-seli dan kukus selama 10 minit setiap bahagian.
  4. dah siapp....senang giler nak buat kann..:))

Monday, 11 April 2011

AGAR-AGAR CENDOL


















Bahan-bahan:
  • 1 peket agar-agar
  • 1 cawan air
  • 4 cawan cendol
  • 1 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan gula merah
  • 4 biji telur
  • 3 cawan santan

Cara-cara:
  1. first rebus agar-agar bersama 1 cawan air dan gula pasir dulu okeyy..
  2. pastu..ambik gula merah dan cairkan bersama sedikit air. kemudian campur ke dalam santan.
  3. kemudian pukul telur dan campurkan ke dalam santan jugak.
  4. kacau rata dan masukkan santan ke dalam rebusan agar-agar.
  5. asingkan kepada 2 adunan, satu campur cendol, satu lagi campur gula merah.
  6. masukkan adunan bercampur cendol ke dalam bekas.kemudian masukkan ke dalam peti ais.tunggu sampai keras sedikit baru tuang adunan yang bercampur gula merah ke atas adunan cendol yang telah keras tadi..paham takkk..pastu masukkan ke dalam peti ais sekali lagi..tunggu sampai keras...
  7. bila da keras dan potong cantik2 bole la dimakann...hehe.:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...