nuffnang ads

vortex

Wednesday, 5 January 2011

MAKARONI GORENG















Bahan-bahan:
  • makaroni- rebus sehingga lembut
  • bawang besar dan bawang putih- dicincang sehingga halus
  • sosej- potong bulat
  • daging cincang
  • tomato- di dadu
  • lobak- di dadu
  • sos tiram
  • 5 sudu besar cili mesin
  • cendawan butang
  • cili capsicum- didadu
  • karot- di dadu
  • garam
  • minyak masak
cara-cara:
  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. masukkan cili mesin- masak sehingga naik minyak.
  3. masukkan daging cincang. masak sehingga naik minyak.
  4. masukkan karot, sosej, garam dan sedikit air. kacau sehingga lembut.
  5. masukkan pula makaroni, cendawan. tomato,dan cili capsicum- kacau rata.
  6. bila dah nampak sebati boleh angkat dan hidangkan.

UDANG SWEET SOUR
















Bahan-bahan:
  • udang besar
  • kunyit
  • garam
Bahan untuk sos:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sos tomato (ikut suka baper sudu nk letak)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah. - dipotong nipis
  • tomato - belah 6
  • daun bwg dan daun sup - perhiasan jerkk..
  • garam dan gula
  • air
  • minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. udang digaul dengan kunyit dan garam. kemudian goreng sehingga garing.
  2. asingkan sedikit minyak tadi. kemudian tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. apabila wangi masukka sos tomato, sos cili dan air.
  4. masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. setelah kuah pekat, masukkan udang dan gaul rata.
  6. akhir sekali hias dengan daun sup dan daun bawang.

CHEESE SOSEJ GULUNG
















Bahan-bahan:
  • roti sandwich
  • 1 biji telur- dipukul
  • serbuk roti
  • susu segar-dutch lady fresh milk
  • keju chedar
Cara-cara:
  1. nipiskan roti sandwich.
  2. gulungkan roti bersama keju dan sosej.
  3. celup kedalam susu segar dan telur.
  4. kemudian salutkan serbuk roti.
  5. goreng sehingga kuning keemasan.

ROLL SOSEJ

















Bahan-bahan:
  • roti sandwich
  • sosej ayam-celur 5 minit kemudian toskan.
  • 2 biji telur
  • 2 camca besar bijan
  • 1 camca tepung gandum
  • sedikit air
  • minyak masak
Cara-cara:
  1. leperkan setiap kepingan roti sandwich.
  2. ambil sosej kemudian gulungkan bersama roti yg telah dileperkan tadi. Gulung sehingga kemas.
  3. kemudian celup roti di dalam bahan yg telah di satukan. (telur, lada sulah, tepung, air).
  4. selepas itu golekkan diatas bijan sehingga rata.
  5. akhir sekali goreng sehingga bewarna keemasan.

ROTI TELUR MAYO
















Bahan-bahan:
  1. 5 biji telur rebus
  2. garam dan lada putih secukupnya
  3. 4 sudu makan mayonis
  4. tomato- di potong dadu
  5. roti sandwich
Cara-cara:
  • satukan telur, garam, lada putih, dan mayonis. gaul sehingga rata. kemudian sapukan telur mayo tadi di atas roti..siappp...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...