nuffnang ads

vortex

Tuesday, 11 January 2011

AYAM PERCIK















Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 bah.
  • segenggam cili kering - dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar jugak
  • halia - besar ibu jari - dikisar jugak
  • 5 batang serai - pun dikisar jugak
  • 3 cawan santan pekat
  • setengah cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar halba
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. mula sekali bersihkan ayam dan gaulkan dengan garam.
  2. kemudian masukkan ayam di dalam kuali  bersama semua bahan-bahan tadi. masak hingga kuah pekat.
  3. lepas tu angkat ayam yg ada dalam kuali, letakkan di atas pemanggang.
  4. bakar hingga nampak garing.

AYAM GORENG BEREMPAH














Bahan-bahan:

  • ayam
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • halia - dikisar
  • 3 btg serai - dikisar jugak
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • daun kari
  • garam
  • minyak masak
Cara-cara:
  1. gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. pastu perapkan selama 30 minit. kalau lapar sangat xpayah perap pun boleh jugak. terus goreng jer..jangan lupa masa goreng tu campur sekali daun kari..

SINGGANG IKAN
















Bahan-bahan:

  • ikan kembung. nak guna ikan tongkol pun boleh juga.
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • sedikit lengkuas. agak2 besar ibu jari tangan yerr bukan kaki..:)
  • sedikit kunyit hidup.
  • asam keping. ikut citarsa masing2. kalau nak masam letak banyak.
  • air
  • garam secukup rasa.
  • cili api.
Cara-cara:
  1. bersikan ikan dulu yerr..
  2. pastu masukkan semua bahan ke dalam periuk anda.
  3. masak hingga mendidih.
  4. siapppp...hehe..

STIK IKAN


















Bahan-bahan:
  • ikan tenggiri
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kunyit
Cara-cara:
  1. mula-mula bersihkan ikan dan toskan.
  2. lepas tu perapkan ikan bersama semua bahan di atas tadi selama 30 minit.
  3. kemudian bakar hingga nampak garing. kalau guna microwave guna suhu 200'c selama 20minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...