nuffnang ads

vortex

Saturday, 15 January 2011

BUBUR SUM SUM

















Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk tepung beras 
  • 1 biji kelapa(diperah sehingga santan cair) 
  • daun pandan 
  • sedikit garam
Bahan untuk kuah:
Gula melaka -masak gula melaka bersama air sehingga cair.

Cara-cara:
  1. Tepung beras dicampurkan dengan santan. 
  2. Kemudian kacau hingga sebati dan biarkan cair.
  3. Bila sudah sebati @ rata(tidak berketul-ketul) tenggekkan di atas api yang sederhana.
  4. Masukkan daun pandan n garam secukup rasa(lemak).
  5. Kacau selalu kemudian masak sehingga pekat. 
  6. Bila sudah masak, sejukkan di dalam bekas hidangan. 
  7. Kemudian boleh makan bersama kuah yang disediakan.

BUBUR JAGUNG















Bahan-bahan:
  • 1 paket jagus manis
  • 1/2 biji santan kelapa (pekat)
  • gula secukupnya
  • secubit garam
  • 3 helai daun pandan
Cara-cara:
  1. Masak santan atas api sederhana dan daun pandan dan kacau selalu
  2. Bila dah mendidih masukkan gula dan garam.. masak dalam 2 minit..
  3. Lepastu masukkan jagung..
  4. Biar dalam 3-5 minit.. dah siap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...