nuffnang ads

vortex

Tuesday, 15 February 2011

PIZZA ROTI




















Bahan-bahan:
  • roti gardenia/roti potong pun boleh jugak
  • sosej - hiris bulat dan nipis
  • slice cheese - dipotong memanjang..nk guna cheese chedar pun boleh.
  • sos cili / sos tomato
  • lada hitam/lada sulah
  • mayonis
Cara-cara:
  1. sapukan sos pada permukaan roti.pastu letakkan kepingan sosej pada roti tersebut.
  2. and then jgn lupa taburkan/paipkan/curahkan/letakkan/ whatever laaaaa.....xtau dah nak guna perkataan ape nih..jgn lupa curahkan mayonis di atas kepingan sosej tadi..hurmm
  3. susun/tabur cheese diatas permukaan roti yg telah di dicurahkan dengan mayonis tadi..
  4. jgn lupa yer taburkan sedikit lada sulah..
  5. last sekali bakar sehingga cheese mencair.
  6. tadaaaaaa..siap sudaaaa..

MURTABAK















Bahan-bahan:

  • bawang merah - dicincang
  • bawang putih - dicincang
  • kulit popia
  • 2 biji telur
  • setengah sudu rempah kari daging - bancuh dgn air
  • 2 biji ubi kentang - di potong dadu
  • daging cincang
  • sedikit minyak
  • daun sup
  • sedikit garam dan ajinamoto
Cara-cara:
*p/s:step 1-6 adalah cara utk buat inti murtabak
  1. tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai layu.
  2. pastu masukkan serbuk kari yg telah di bancuh tadi. goreng sampai pecah minyak.
  3. kemudian masukkan daging. 
  4. bila daging dah masak masukkan kentang pulak. 
  5. jangan lupa masukkan garam dan ajinamoto. masak kentang sampai empuk.
  6. last sekali masukkan daun sup.
  7. untuk telur pulak..pecahkan telur di dalam mangkuk..kemudian masukkan inti yg telah di masak tadi ke dalam telur.kacau sehingga sebati.
  8. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak. cara bungkus ikut kreativiti masing..tapi kalau aku pulak lagi senang bungkus cam buat popia tuh..
  9. bila da bungkus goreng murtabak dengan api yg perlahan..dahhh..settle..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...