nuffnang ads

vortex

Wednesday, 13 August 2014

Kawan VS Sahabat

Kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haram jadah hilang entah kemana? Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.
"Jangan ingat yang dah berkawan dengan kita lebih dari 10 tahun, mampu menjadi kawan susah senang kita." Perkara ni sering membuai-buai dalam otak aku. Aku tak pernah tolong dorang ke masa dorang susah? Tapi asal bila aku susah dorang payah gila nak tolong?
Ye memang, dalam hidup ini berkawan adalah satu pekara yang mesti akan belaku, tetapi lagi banyak kita berkawan, lagi banyak ragam yang akan kita jumpa. Tapi masalahnya apabila mereka senang mereka akan terus lupa kan kawan. Mereka akan cari pula kawan yang boleh enjoykan diri mereka pula. Tapi terus terang aku memang terasa tetapi ingat nanti kalau ada masalah cuba lah pergi kepada kawan yang boleh besuka ria tu. Adakah dia akan "gentle" tolong korang atau lari lingtang pungkang tinggalkan korang?
Korang kena sedar yang hidup ini umpama roda. Mungkin sekarang korang berada kat atas, tapi korang mesti akan turun ke bawah jugak suatu hari nanti. Tidak selama-lamanya duduk di atas. Bayangkan suatu hari nanti korang pulak yang kena camtu? Apa korang rasa? Tolong sedar ya kawan.
Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.
Bila perkara sebegini dah menjadi lumrah, Ia membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana sikap suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang hanya untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. Memang haramjadah!.
Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang.
Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.
Hmmmm
Selalu dengar orang cakap sahabat itu umpama mutiara didalam lautan yang sukar ditemui & berharga. Tapi sejauh mana berharganya sahabat itu jika kita sendiri tak pernah menghargai dan menilai erti persahabatan. 
Betul lah tu, sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada. (:
Sahabat sejati ada, tapi x ramai. Sahabat sentiasa berubah mengikut tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar. Kalau nak kekal sampai dah berkeluarga, ada anak, sampai tua, x pasti la kan.
Selalu orang cakap sahabat sejati mesti ada di kala susah, senang, sedih dan macam-macam lagi, tapi kita pun tak lah begitu sejati untuk sentiasa berdamping dengan segala permasalahan dan kesenangan sahabat lain.

Tuesday, 5 August 2014

Aku Budak Baik..

Salam AIDILFITRI semua.. hari ni 5/8/2014 aku nak meluahkan ape yg terbuku di hati ni.. Ini semua tentang mempergunakan, dipergunakan, menggunakan dan ape sahaja yang melibatkan word ''GUNA''.. Serius beb..!! aku sekarang ni dalam situasi orang lain sedang mempergunakan aku untuk kepentingan diorang.. kalau sekali dua jadi bende ni aku tak kisah lagi beb.. tapi perkara ni boleh katakan selalu berlaku..sampai kadang-kadang macam nampak sangat macam nak kenekan aku. kadang-kadang tertanya aku pada diri sendiri.. "Aku ni baik sangat ke ..??" sampai orang lain boleh pijak dan tanpa rasa bersalah, sungguh berani mereka menggunakan aku.. Hakikat yang sebenarnye adalah aku taknak bergaduh atau bermasam muka..Lebih baik aku yang mengalah dan dalam keterpaksaan aku membuat kerja-kerja orang lain..:'(

Aku bukan taknak tolong.. Aku bukan taknak memberi bantuan bila diperlukan. Tapi bila seringkali pertolongan aku  dipertikaikan dan memanjang aku salah je di mata mereka, aku akan sakit hati dan pertolongan aku tersebut akan jadi tidak ikhlas.. Untuk apa jika kita tidak ikhlas?


Ntah laa..selagi aku tak keluar dari tempat ni, aku rasa sampai bila-bila pun situasi ni takkan berubah..Sampai bila aku boleh bertahan aku pun tak pasti.


Ya Allah, kau berilah aku ketenangan dan kedamaian di tempat kerja ku.. Aku ingin mencari rezeki dalam penuh keberkatan Mu Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan pekerjaan ku Ya Allah. Hindarilah aku dari segala hasad dengki manusia.


P/s : Sob...Sob..Sobb.. :'(



Sunday, 8 June 2014

Semangat aku hampir hilang

Pernah sampai satu tahap, aku bangun pagi… merenung dinding..merenung siling..(bukan saja-saja nk tenung) tapi aku perlukan semangat untuk bekerja. Aku bukan mahu merungut tentang kerja.. Tak penat pun.. Cuma dari segi mental nya, aku terseksa.. Setiap hari ada saja perkara ketidakpuasan hati berlaku. Mungkin tak perlu untk salahkan mereka.. Kerana kegagalan atau ketidaksempurnaan kerja aku di mata mereka, buat mereka jadi begini,,,dan aku sebagai pekerja a.k.a kuli untuk company aku.. aku memang dibayar untuk diMarah… hahahahahha
Ok aku cuba untuk bersemangat… demi tanggungan dan keluarga..
Selagi mereka tak lekang dari belakang ku untuk menyokong ku.. selagi itu aku akan terus bertahan.. Yeah BekerjaLAH!!!

Tuesday, 3 June 2014

Padah Bila Emosi Tak Stabil..!!

Confirm semua pernah rasa macam ni kan....rasa tak sedap hati dengan tiba2....tak kira masa, tak kira tempat, & tak kira siapa.....itu la yg aku rasakan sekarang ni....& selalu merasa tak sedap hati.....aku pun tak pasti kenapa?.. kadang2 ia membuatkan aku sentiasa berfikiran negatif.... menganggap sesuatu perkara yg tak pasti...membuat pelbagai andaian....ia cukup membeban kan perasaan dan fikiran aku...

Kadang2 aku cuba abaikan setiap kali benda mcm ni berlaku.... tp amat susah... Semua orang tahu "perempuan dan emosi atau dalam bahasa saintifiknyer instict" tak boleh dipisahkan...bagai aur dengan tebing.drpd instict ni la yg membuatkan aku kerap 'rasa tak sedap hati'...

Puas juga aku pujuk hati untuk
abaikan je perasaan x sedap hati tu....tapi.....susahhh...mmg susah nak digambarkan...puas untuk mengelak...puas untuk abaikan....tp bukan senang.....

Lebih2 lg bila perasaan itu melibatkan org sekeliling/org terdekat.....i hate that....really..aku cukup2 tak suka bila ia melibatkan mereka2 yg cukup aku kenal....it make me feel so sad... cewahhhh......gitu..:-P.

Belum masuk bab mood lagi.....Memang haru jadinye..ini boleh buat mood aku rasa sgt2 down giler...walaupun set dalam otak to make everyday is happy day....kadang2 benda mcm ni la yg membuatkan hari2 tak seindah yang diharapkan....

senyuman dibibir terukir....tapi dihati terguris.....

P/s: Lu pikir la sendiri...:'(

Tuesday, 13 May 2014

Cakap salah, tak cakap pun salah...!

Pernah tak korang berada dalam situasi macam tu? nak cakap salah, tak cakap pun salah..mesti sakit hati yang terlampau-lampau kan? kalau ada dinding kat depan tu, dah lama pergi tumbuk-tumbuk kan, kalau nampak pokok kat depan, dah lama pergi goyangkan kan.kalau lah dah terlampau geram.

Bila korang berada di dalam situasi ini, mesti saja korang rasa "alamak! adakah aku dalam dilema ni?" "apa patut aku buat?" adoii..benci lah bila dah ada situasi macam ni, rasa macam nak sepak semua benda yang ada kat depan..weyh! sabar la weyh! 

Anda dalam dilema? nak cakap atau tak nak? dah pening kepala pikirkan? nak tendang dinding tak? pikirlah elok-elok..jangan buat sesuatu yang salah sudah. kalau dah tak tahan sangat, panggil hencek sahabat, luahkan kepadanya, dan sentiasa doakan supaya ada jalan untuk anda nanti..InsyaAllah..

Sesetengah orang ada cakap.. "berdiam lebih baik daripada berbunyi".. bergantung kepada situasi..  Peace yow!!




Monday, 12 May 2014

DARI HATI KE HATI : Bukan Mudah Nak Puaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum w.b.t

Baca tajuk entri je dah nampak macam ada sesuatu yang touching aku nak sampaikan..Hati manusia ni adalah satu ciptaan yang paling lembut. Sebab tu fitrah manusia mesti ada perasaan kecil hati, sentap, terguris dan bla bla bla...Aku sendiri pon selalu je ada perasaan macam ni.


Contohnya pernah tak tetibe korang rasa yang ada orang tak suka kat korang?? korang tanya soalan ni dalam diri korang bila korang perasan yang ada kawan korang layan korang berbeza dengan dia layan member2 lain atau dengan kata lain dia cam terpaksa je berkawan dengan korang.


Untuk pujuk hati korang yang lembut tu korang kata tak baik buruk sangka. Tapi bila pujuk pujuk dan pujuk hati still rasa yang korang macam di pinggirkan. Mulalah tertanya-tanya " aku ada buat salah ke??", 'Aku ni sombong ke??", " Aku ni  mungkin tak sekepala dengan diorang kot".. macam-macam persoalan keluar sampai penat dah nak fikir.


Kalau aku berhadapan dengan situasi macam ni mestilah stress . Ada masanya mengganggu kerja-kerja aku sebab asyik fikir je kan... Tapi pada aku 'just be youself ' tak payah nak jadi orang lain dan tak payah nak hipokrit. Sebab kalau seseorang tu jujur berkawan dengan kita dia akan terima baik buruk kita. Akan tegur kita kalau kita silap.


Setiap masalah ada jalan baik dan buruk untuk kita pilih. Jalan terbaik adalah mengadu pada Allah. Selalu berdoa supaya silatullrahim yang renggang di kukuhkan kembali. Sentiasa berfikiran positif dengan orang di sekeliling kita. Ingat bila orang bagi tahi jangan kita bagi tahi juga.. tapi balaslah dengan bunga.

                                     

Sunday, 11 May 2014

REZEKI

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
------------------------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
--------------------------------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
------------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------------------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
----------------------------------------------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.Bertawakal.

Boleh ke kita menyambut Hari Ibu? Dan Hukumnya...

Hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Sambutan Hari Ibu...

Soalan: Boleh ke kita menyambut Hari Ibu? Atau sekadar nk wish je pada ibu kita untuk sambutan hari ibu..

Jawapan: Hari ibu stahun skali itu anjuran Kristian... Hari2 hari ibu itu anjuran Islam...

Firman Allal: maksudnya-"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, SAMPAI KEPADA UMUR TUA DALAM JAGAAN DAN PELIHRAANMU, maka janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau memengking mereka, Tetapi katakanlah kepada mereka dengan PERKATAAN yang MULIA". (Al-Israa': 23)

Jadi kalau wish setahun skali maka itu fesyen kristian... Kalau hari2 wish maka itu cara islam...

Kasihkn ALLAH itu yg UTAMA. Kasihkn RASUL itu diUTAMA. Kasihkn IBU lebih dr BAPA. Kasihkn BAPA lebih dr HARTA. Kasihkn SUAMI setia SELAMANYA. Kasihkn ISTERI jaga SYARIATNYA. Kasihkan MANUSIA berPADA2. Moga diakhirat beroleh SYAFAAT BAGINDA...

Renung2kan dan selamat beramal (^_^)

Friday, 28 February 2014

Jom KLIK

Love to talk and text? You’ll be happy to find out what Maxis has for you. http://bit.ly/MAZUfj

Sunday, 19 January 2014

Saat doa mustajab

Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)

2. Waktu hujan mula turun…(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat , taubat)

4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)

5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .

7. Waktu sakit (jangan mengeluh…masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita…)

Murahkan REZEKI hamba mu ya Allah

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi,
keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit,
banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu, dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasih
diantara yang pengasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...