nuffnang ads

vortex

Tuesday, 13 May 2014

Cakap salah, tak cakap pun salah...!

Pernah tak korang berada dalam situasi macam tu? nak cakap salah, tak cakap pun salah..mesti sakit hati yang terlampau-lampau kan? kalau ada dinding kat depan tu, dah lama pergi tumbuk-tumbuk kan, kalau nampak pokok kat depan, dah lama pergi goyangkan kan.kalau lah dah terlampau geram.

Bila korang berada di dalam situasi ini, mesti saja korang rasa "alamak! adakah aku dalam dilema ni?" "apa patut aku buat?" adoii..benci lah bila dah ada situasi macam ni, rasa macam nak sepak semua benda yang ada kat depan..weyh! sabar la weyh! 

Anda dalam dilema? nak cakap atau tak nak? dah pening kepala pikirkan? nak tendang dinding tak? pikirlah elok-elok..jangan buat sesuatu yang salah sudah. kalau dah tak tahan sangat, panggil hencek sahabat, luahkan kepadanya, dan sentiasa doakan supaya ada jalan untuk anda nanti..InsyaAllah..

Sesetengah orang ada cakap.. "berdiam lebih baik daripada berbunyi".. bergantung kepada situasi..  Peace yow!!




Monday, 12 May 2014

DARI HATI KE HATI : Bukan Mudah Nak Puaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum w.b.t

Baca tajuk entri je dah nampak macam ada sesuatu yang touching aku nak sampaikan..Hati manusia ni adalah satu ciptaan yang paling lembut. Sebab tu fitrah manusia mesti ada perasaan kecil hati, sentap, terguris dan bla bla bla...Aku sendiri pon selalu je ada perasaan macam ni.


Contohnya pernah tak tetibe korang rasa yang ada orang tak suka kat korang?? korang tanya soalan ni dalam diri korang bila korang perasan yang ada kawan korang layan korang berbeza dengan dia layan member2 lain atau dengan kata lain dia cam terpaksa je berkawan dengan korang.


Untuk pujuk hati korang yang lembut tu korang kata tak baik buruk sangka. Tapi bila pujuk pujuk dan pujuk hati still rasa yang korang macam di pinggirkan. Mulalah tertanya-tanya " aku ada buat salah ke??", 'Aku ni sombong ke??", " Aku ni  mungkin tak sekepala dengan diorang kot".. macam-macam persoalan keluar sampai penat dah nak fikir.


Kalau aku berhadapan dengan situasi macam ni mestilah stress . Ada masanya mengganggu kerja-kerja aku sebab asyik fikir je kan... Tapi pada aku 'just be youself ' tak payah nak jadi orang lain dan tak payah nak hipokrit. Sebab kalau seseorang tu jujur berkawan dengan kita dia akan terima baik buruk kita. Akan tegur kita kalau kita silap.


Setiap masalah ada jalan baik dan buruk untuk kita pilih. Jalan terbaik adalah mengadu pada Allah. Selalu berdoa supaya silatullrahim yang renggang di kukuhkan kembali. Sentiasa berfikiran positif dengan orang di sekeliling kita. Ingat bila orang bagi tahi jangan kita bagi tahi juga.. tapi balaslah dengan bunga.

                                     

Sunday, 11 May 2014

REZEKI

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
------------------------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
--------------------------------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
------------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------------------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
----------------------------------------------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.Bertawakal.

Boleh ke kita menyambut Hari Ibu? Dan Hukumnya...

Hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Sambutan Hari Ibu...

Soalan: Boleh ke kita menyambut Hari Ibu? Atau sekadar nk wish je pada ibu kita untuk sambutan hari ibu..

Jawapan: Hari ibu stahun skali itu anjuran Kristian... Hari2 hari ibu itu anjuran Islam...

Firman Allal: maksudnya-"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, SAMPAI KEPADA UMUR TUA DALAM JAGAAN DAN PELIHRAANMU, maka janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau memengking mereka, Tetapi katakanlah kepada mereka dengan PERKATAAN yang MULIA". (Al-Israa': 23)

Jadi kalau wish setahun skali maka itu fesyen kristian... Kalau hari2 wish maka itu cara islam...

Kasihkn ALLAH itu yg UTAMA. Kasihkn RASUL itu diUTAMA. Kasihkn IBU lebih dr BAPA. Kasihkn BAPA lebih dr HARTA. Kasihkn SUAMI setia SELAMANYA. Kasihkn ISTERI jaga SYARIATNYA. Kasihkan MANUSIA berPADA2. Moga diakhirat beroleh SYAFAAT BAGINDA...

Renung2kan dan selamat beramal (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...