nuffnang ads

vortex

Wednesday, 13 August 2014

Kawan VS Sahabat

Kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haram jadah hilang entah kemana? Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.
"Jangan ingat yang dah berkawan dengan kita lebih dari 10 tahun, mampu menjadi kawan susah senang kita." Perkara ni sering membuai-buai dalam otak aku. Aku tak pernah tolong dorang ke masa dorang susah? Tapi asal bila aku susah dorang payah gila nak tolong?
Ye memang, dalam hidup ini berkawan adalah satu pekara yang mesti akan belaku, tetapi lagi banyak kita berkawan, lagi banyak ragam yang akan kita jumpa. Tapi masalahnya apabila mereka senang mereka akan terus lupa kan kawan. Mereka akan cari pula kawan yang boleh enjoykan diri mereka pula. Tapi terus terang aku memang terasa tetapi ingat nanti kalau ada masalah cuba lah pergi kepada kawan yang boleh besuka ria tu. Adakah dia akan "gentle" tolong korang atau lari lingtang pungkang tinggalkan korang?
Korang kena sedar yang hidup ini umpama roda. Mungkin sekarang korang berada kat atas, tapi korang mesti akan turun ke bawah jugak suatu hari nanti. Tidak selama-lamanya duduk di atas. Bayangkan suatu hari nanti korang pulak yang kena camtu? Apa korang rasa? Tolong sedar ya kawan.
Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.
Bila perkara sebegini dah menjadi lumrah, Ia membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana sikap suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang hanya untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. Memang haramjadah!.
Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang.
Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.
Hmmmm
Selalu dengar orang cakap sahabat itu umpama mutiara didalam lautan yang sukar ditemui & berharga. Tapi sejauh mana berharganya sahabat itu jika kita sendiri tak pernah menghargai dan menilai erti persahabatan. 
Betul lah tu, sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada. (:
Sahabat sejati ada, tapi x ramai. Sahabat sentiasa berubah mengikut tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar. Kalau nak kekal sampai dah berkeluarga, ada anak, sampai tua, x pasti la kan.
Selalu orang cakap sahabat sejati mesti ada di kala susah, senang, sedih dan macam-macam lagi, tapi kita pun tak lah begitu sejati untuk sentiasa berdamping dengan segala permasalahan dan kesenangan sahabat lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...